music dumper

Monday, January 24, 2011

My own Science UPSR tips

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

     Siapa umurnya 10 tahun angkat tangan! Excellent! Siapa umurnya 11 angkat kaki! Good! Good! Siapa umrunya 12 tahun angkat pensel atau pen! Haaa! Tak ada pensel atau pen ya? Kalau awak tak selalu buka komputer bolehl;ah salin mana-mana maklumat penting yang ada di sini. Kalau selalu visit blog ini 6tak mahu pun tak apa. Kalau tak sudi, lantak kamulah. Siapa yang dah lebih dari 12 tahun angkat mouse! Anda boleh visit post-post yang lain kerana mungkin anda sudah mahir dengan soalan-soalan begini tetapi kalau nak baca, amat dialu-alukan. Rasanya tingkatan satu masih perlu tahu kan benda-benda macam ini? Apa-apalah.

      Tips-tips ini semuanya adalah tips-tips yang telah saya kumpul dari motivasi-motivasi, kem-kem, dan benda-benda lain yang seangkatan dengannya. Kalau ada salah silap jangan marah tapi dialu-alukan untuk membetulkan kesalahan yang ada. :) Jangan terlalu percaya dengan tips-tips ini tahu! :P Try bolehlah.

   Kalau nak dapat A, bahagian A mesti skor. Kalau tidak silap, 28-30 markah minimum. !!!!!!! WHAAATTTT???!!!! 28 MINIMUM?????!!!! Macam nak pengsan kan? Sebenarnya bahagian A tak susah sangat pun. Untuk skor bahagian A awak mesti:-

1)faham setiap bab dalam pelajaran
*Sebab itulah fokus semasa cikgu mengajar itu penting. Kalau tak faham, tanya cikgu. Kalau takut, tanyalah cikgu lain ataupun tanyalah mak, ayah atau post comment kepada saya. Manalah tahu saya boleh tolong :))
studystudy.png

2)buat nota
*Kalau buat nota, jangan salin buku teks atau buku rujukan bulat-bulat. Ambil fakta penting sahaja. Kalau nak lebih baik, baca bab yang nak buat nota elok-elok, ingat serta faham bab tersebut. Kemudian, tanpa melihat buku, buat nota dalam bentuk peta minda dan sebagainya. Kalau ada ayat penting yang perlu diingat, tulis ayat itu sebagaimana awak memahaminya. (make sure tak salah maksud or terkeluar tajuk) 

3)buat latih tubi
*Saya yakin awak semua mesti faham maksud buat latih tubi. Kalau tak faham juga, tanyalah sesiapa... (takkanlah tak tahu? :P ) Kalau ada kawan, bolehlah buat study group buat latih tubi bersama tapi janganlah asyik main dan buang masa sahaja. Kalau ada soalan yang awak jawab lain buku bagi jawapan lain, mintaklah cikgu sains awak tolong tengokkan. Takkanlah dia nak marah pula. Kalau cikgu itu sibuk awak tak mahu bebankan dia, mintaklah kakak, abang, mak, dan ahli keluarga lain tolong terutamanya kakak atau abang yang baru lepas UPSR. Kalau dia buat  UPSR 10 tahun yang lepas tapi memori dia kuat dan cara menjawab UPSR dia sama seperti cara kita menjawab UPSR, bolehlah tanya Kalau ada ibu saudara, bapa saudara, sepupu atau sesiapa yang awak kenal itu cikgu sekolah yang mengajar sains, boleh juga minta tolong dia ajar. . 
     Berdasarkan pemerhatian saya a. k. a. my point of view, kita selalu susah hendak skor bahagian B. Betul tak? Sebenarnya, bahagian B, kita mesti tahu WTC (what to change) dan WTO (what to observe) dia. Caranya:-

1) Menurut cikgu sains fav saya peringkat sekolah (ibu saudara saya adalah guru sains terbaik peringkat dunia . Mulalah merepex aku ni.), mula-mula, cari 2 benda yang berbeza. Kalau nak cari lebih lagi bagus :).

Contoh soalan:-

Amir put two grasshoppers in two containers. He put leaves and water in both containers. Container A is an airtight container whereas cntainer B is a cage. After a few days, he found out that grasshopper in container A died.

Apa yang berbeza? 1) The presence of air (kehadiran udara - udara tiada di dalam container A iaitu airtight                                                                                   container)
                               2) The condition of the grasshoppers  (keadaan belalang - seekor hidup, seekor mati)

Apa yang datang dulu atau berlaku? Presence of air atau condition of grasshopper (belalang mati)

= Presence of air - udara tiada dulu kemudian apabila belalang tidak mendapat udara (oxygen) belalang itupun mati. Kesimpulannya the presence of air yang datang dulu. Kalau tak faham juga, boleh tanya melalui komen.
= Kesimpulannya, the presence of air adalah wtc. Wto nya adalah benda yang kita nak perhati / tengok / obsreve / measure / diy.... ehh, silap, dll (dan lain-lain). Wto eksperimen ini ialah the condition of the grasshoppers,

Sampai di sini saja. Mahir-mahirkanlah mencari wtc dan wto ya. Nanti kita sambung. a_brief_history_of_smileys_2.jp

Soalan last untuk post ini (cari wtc dan wto dia) :-

1) The fourth planet from the Sun's temperature is about -25"c (kalau tak silap). The second planet from the Sun's temperature is about 100"c (main buat je jangan percaya)
 mars‑planet‑water‑nasa.jpg  planet_venus_3d_screensaver‑4114
Jawapan akan diberi pada post akan datang dan juga setelah mendapat jawapan a. k. a. komen daripada murid yang bakal menduduki UPSR(lebih kurangla).

Bye,   bye_14.gif
Assalamualaikum,
Love, 
Mizz Bubblez :)

No comments:

Post a Comment